Thursday 15 October 2015

Start Dari Bawah

Assalamalaikum ..

Ya allah .. tengah baca balik post2 lama .. mashaa allah . memalukan betul . betul ke aku yang taip semua tu ?? kahkah .. mengarut banyak .. almalaklum time tu tak matured pun lagi ..

and now alhamdulillah .. dah delete dah post2 kebudakkan aku tu hahahaha .. ya allah .. ingat balik kawan2 aku & cikgu Ayub baca .. hmm agak memalukan .. haduh .. 

Tapi dah delete dah semua tuh , tinggal yang tak delete pun takpe jee hahahah ..

aku dah makin matangkah ? kahkah ..

okayh . dah berhabuk dua tahun tak bukak blog . malam ni tiba2 nak settle kan hal blog ni .. settle pn delete post2 "memalukan" tersebut haha .. gambar2 zaman jahiliah pun dah delete >.< hahah aduh ..

sekian sahaja ..

baii

Friday 13 September 2013

petua hilangkan jerawat .

assalamualaikum ..

pekabo sedare sedari ?
ehee .. harapnye sihat2 la yer ..

ni haa ..
tibe2 pulak nak share petua hilangkan jerawat ni ..
alkisahnya sebab muka aku ni haa ..
naik jerawat .. almaklum ..
dah nak tiba ' hari spesel ' la tu .. huhuk ..

dah alang2 aku bukak benda intenet ni .. aku pon dengan rajinnya carilaa petua2 nak hilangkan jerawat ni ..
tapi aku tak penah pulak amek kisah pasal jerawat ni .. sebab .. bagi aku ..
takpela jerawat naik , nanti dia hilang sendiri jugak kan ? keke ..

tapi .. tetibe tengah duk pikir idea nak update blog ni .. so aku amek keputusan ..
nak update la pasal tips2 nak bagi hilangkan jerawat ni ..
yelaa kan , sharing is caring .. hehehe ..

oraitt .. meh nak citer sket ..
actually .. dah banyak dah dikongsikan  dalam blog2 lain pasal petua nak hilangkan jerawat ni ..
tapi , takpe .. aku tetap nak share .. :)
mane tau tips ni boleh tolongkan ?
belum cuba belum tau ..
kalau nak tau .. tryla cuba test .. heheh ..
kita hanya mampu mencuba .. insyaallah , mane tau berkesan :)

petua2nya adalah seperti yg berikut :)

1. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari .

2. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

3. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

4. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

5. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

haa .. hakk ni pulak .. petua hilangkan jerawat cara moden :)

1. Ubat Gigi – Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi mampu mambantu untuk mengeringkan jerawat dan juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

2. Aspirin (ubat demam) – Untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh, hancurkan sebiji aspirin (Panadol) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tersebut ke bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulang sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.

haa .. yang ni jelaa yang mampu aku kongsikan .. hehehh .. ni pon aku baca dalam blog lain jugak ..
emmm .. kira macam .. copy paste jugakla .. tapi sikit jer okay ? hehehee ..

selamat mencuba ..
pilihla yang mana2 yang korang rasa senang nak amalkan and sesuai okay ..
cuba dulu ..
lepas tu tawakkal jer ..
 
                                       SELAMAT MENCUBA :)

baiibaii



Monday 23 April 2012

fakta menarik tentang coklat .. ;)

   assalamualaikum ..
haii haii haii .. kembali kita bersua dalam rancangan .. melodi .. hahahaa
 ooppss .. maap maap .. tersalah lokasi maa .. kekeke .. kembali kite bersua dalam my blog yg tak berape nak menarik ni .. kakakaka ..

wokeh .. so ..pe cerr ..? haha .. haiya .. kuat bebeno aku berblogging kan skang ni ..? iyaa iyaa laa .. < tone ala2 indon gituu .. haa > minggu ni jerla time utk aku menyibukkan diri dengan blog ni haa .. minggu depan aku daa mengkhidmatkan diri .. tak dapat laa den nak jenguk blog den lagi ni haa .. kuikuikui ..

  topik utk saat ini .. fuhh .. coklat ?



 wawawah .. best kan coklat ? nak2 lagi kalau coklat yg cadburry punye .. fuyyoo .. sedap maa coklat .. ferrero rocher .. aishh .. banyak la coklat yg sedap2 utk dimakan .. haha .. gigirl pon suke kan kalau boboy die kasi adiah coklat ann ..? hehehe .. alaa .. romantik gituu .. auuwww .. :3
  hehehe .. haa dah dah .. okeh .. so .. aku rase pon ramai yg diantara korang ni yg memang dah sedia maklum akan perihal fakta coklat ni kan ..? betol tak ..? betol tak ..? tapi sayang .. tak semua yg amek tau pasal fakta coklat ni .. yang dorang tau .. beli coklat pastu makan .. habess .. hahaha .. so .. utk korang yg belum mengetahui lagi fakta tentang coklat ni .. so .. jom3 .. aku nak share dengan korang yg xtau lagi pasal ni .. ok ? korang bace dan hayati leklok yaa fakta menarik tentang coklat nii .. peace ~

FAKTA 1 : COKLAT TIDAK MENYEBABKAN JERAWAT 
  Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat ,terutama dalam kalangan remaja . Ini sama sekali tidak benar . Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat . Malah sebaliknya amalan pemakanan yang kurang baik , punca utama jerawat , tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat . Perubahan hormon ketika baligh , ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin , punca utama . Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja . Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum , yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi . Jika pengalirannya tersekat , sebum terkumpul lalu membentuk jerawat . Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat . Jadi , remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaran mereka .

FAKTA 2 : COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN
  Isu sebenarnya , apabila kita makan berlebihan . Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan    bilangan orang gemuk kian ramai . Makan sederhana termasuk coklat , diiringi senaman kardiovaskular adalah rahsia mengekalkan berat badan yang sihat . Yang penting , tahap kecergasan bukan hanya kehilangan berat badan . Lazimnya , yang menentukan berat badan seseorang jumlah makanan yang dimakannya . Sebagai peringatan , Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan , coklat boleh dimakan secara sederhana .

FAKTA 3 : PENGHIDAP DIABETIS BOLEH MAKAN COKLAT
  Dalam tempoh 20 tahun lalu , pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetis . Persatuan Diabetis Britain , Pesatuan Diabetis Amerika dan Persatuan Diabetis Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula atau makanan bergula dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak , boleh diterima . Produk khusus untuk pesakit diabetis tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa . Justeru , penghidap diabetis boleh menikmati coklat tetapi secara sederhana , mengikut nasihat pakar pemakanan .

FAKTA 4 : COKLAT TIDAK SEBABKAN KARIES GIGI
  Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu untuk berjumpa doktor gigi , coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran . Namun , jangan terburu-buru membuat kesimpulan . Fikir dahulu faktanya . Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik . Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan didalam mulut menyebabkan hakisan ini . Satu lagi berita baik , tanin pada koko mungkin mambantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid . Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu . Tapi jangan lupa untuk gosok gigi .

FAKTA 5 : COKLAT TIDAK SEBABKAN SAKIT JANTUNG
   Dalam kes sakit jantung , coklat juga sering dipersalahkan . Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas . Sebaliknya , coklat mengandungi antioksidan dikenali sebagai fenol yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein ( kolestrol LDL ) . Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolestrol darah . Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung .

so .. amacam ..? menarik la jugak fakta tuu kan ..? hehhehee .. alah .. bagi aku .. tak salah pon kite makan coklat asalkan jangan berlebihan sudah lha .. ye tak ? kekeke .. haii coklat .. kesian betol .. asyik dipersalahkan jer kalau ade jer masalah2 seperti yg kat atas tu kan ..? kekeke .. naseb lha .. sabo jer lha ..

 so .. bagi penggemar coklat tuu .. teruskan lha hobi korang .. hahhaaha .. but awas ekk .. jangan terlebih dos suda lha .. hehehe .. okep .. so .. sampai sini dulu aku nak bercerita .. laen hari laen mase laen waktu kalau aku rase ade something yg menarik akan ku share kan kat korang sumer ekk ? hehe ..  bak kata omputeh .. sharing is caring .. =,=

  kekekeke .. owraits my blog .. pade yg mengenali blog aku ni .. terus2 kan lha korang follow ekk .. hehehe .. alaa .. biar lha .. kengkadang aku nak giler glamor sket .. ahaks .. ;3

  sekian dahulu daripada aku .. acececeh .. penutup bicara yg sopan laa tuu ? hahha .. dah dah .. okeh again .. keep following my blog yaa .. walaupon tak sehebat secantek blog orang laen .. namun .. aku akan tetap terus memperjuangkan blog ni ... haha .. ceh .. ala2 nak memperjuangkan negara la pulak .. huns .. huns .. perasan jap .. lalallaa .. ;)
tataa .. titii .. tutuu ..

Monday 23 January 2012

aLahai pAk pAndIr

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

nAk cerIta pOn maLas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

keIstimewaan wanIta


Ketahuilah olehmu wahai kaum adam KEISTIMEWAAN WANITA, kerana ibu mu terdiri drpada kaum hawa, kerana isteri mu terdiri drpada kaum hawa,kerana anak mu terdiri daripada kaum hawa,dan kerana kakak dan adik mu terdiri drpada kaum hawa
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
5. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullahأ¢â‚¬? أ¢â‚¬?Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
6. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya, serta menjaga sembahyang dan puasanya.
11. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

12. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

13. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
14. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
15. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
23. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
24. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
25. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
26. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
27. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
28. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
29. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
30. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
31. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
32. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
33. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam melitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
34. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
35. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
36. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
37. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
38. Sabda Nabi s.a.w. : "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
39. Sabda Nabi s.a.w. : "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
40. Sabda Nabi s.a.w. : "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
41. Sabda Nabi s.a.w. : "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
42. Sabda Nabi s.a.w. : "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
43. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
44. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
45. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
46. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
47. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
48. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
49. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
50. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
ADAKAH WANITA ITU SENDIRI MENGETAHUI AKAN KEISTIMEWAANNYA DAN MENGAMBIL JALAN UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT???

erTi sAhaBat seJati

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :





  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.


P/S PDH : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.


soo..i would like to say thank you so so so much for my friends that always support me and always lend me your shoulders and your ears when i'm so sad and have a problem.. thanks so much friend.. Wan Nur Farhana , Nur Syairah , Siti Nor Ashikin , Siti Sharah , Nur Ayuni Ibrahim , Nur Ayuni Yusof , Nur Ilina , Nur Ezzati , Nur Izzati , Hany Masniera , Fara haana , fatin shakira and the most important is my sIs and also my bfF and mY gosip partner .. we have been a bff almost 8 years since we were still in standard 4 ..she is Nurul Hazwani Ariffin , also thanks to my bestfriend when i was still a cute girl...kekeke... Nurul Hazirah , Fadhilah Alia  and Adliena Fathin .. i love you all damn much .. thanks for being my friends all this while .. <3